Aku anak jati Negeri Kedah Darul Aman, Jelapang Padi Malaysia.
Di lahirkan pada tanggal 19 Oktober di sebuah kampung yang dikelilingi
oleh sawah iaitu Kampung Padang Gunong. Pagi 19 Oktober merupakan satu
detik baru dalam hidup ku yang akhirnya berjaya jua melihat mentari pagi
tersenyum menyambut seorang lagi Khalifah Allah di muka bumi ini.
Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kecil terdiri daripada
Papa, Mama dan Abang. Sesungguhnya kasih sayang antara keluarga memberi
satu kenikmatan buat diriku.
Aku memulakan Pendidikan Pra Sekolah pada tahun 1984 di sebuah
madrasah di Alor Merah iaitu Madrasah Al-Sibyan dan seterusnya meneruskan
alam persekolahan rendah ku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Gunong pada
tahun 1985 sehingga tahun 1990. Selepas itu aku meneruskan pengajian menengah
ku di Sekolah Menengah Seri Gunong dari tahun 1991 hinggalah 1995. Selepas
tamat Sijil Pelajaran Malaysia selama 4 bulan aku berada dalam tingkatan
6 di Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik.
Sesungguhnya, sebagai seorang insan yang lahir dalam sebuah
keluarga yang majoritinya menjawat jawatan tinggi dalam dunia pendidikan
sedikit sebanyak mempengaruhiku. Pada Tanggal 19 Ogos 1996, aku telah melaporkan
diri di Institut Bahasa Kuala Lumpur bagi meneruskan pengajian ku dalam
bidang perguruan iaitu Kursus Diploma Perguruan Malaysia perintis pertama
sesi 1996/1999
Kini detik-detik indah di Institut Bahasa sudah berlalu. Sebagai
seorang Graduan hasilan Institut Bahasa Melayu Malaysia, aku berjanji akan
mencintai sepenuhnya profesion yang ku ceburi ini. Aku juga berikrar memberikan
komitmen sepenuh bagi menjadikan Pendidikan di Malaysia bertaraf dunia
dan seterusnya merealisasikan Koridor Raya Multimedia serta Perlaksanaan
Sekolah Bestari.
Masih terngiang-ngiang di telinga ku amanat yang pernah disampaikan
oleh Pengetua ku di Institut Bahasa Melayu Malaysia, Tn. Hj Alias Hassan
:
"pada wajah gurulah tergambarnya rupa bangsa yang akan memimpin
dunia ini"
|