KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan
yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa.
Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu
daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali,
hilang lenyap, binasa semuanya, punah.
KESIMPULAN
Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh tumbuhan
dan haiwan semulajadi.
PENDAHULUAN
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3
peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya
dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies
tumbuh tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies
pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies
katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan.
Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna
tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan
tadahah air.
Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat
bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor
ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian
menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam,
menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian
mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut
tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan
bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan
generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini.
FAKTOR FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN
Masalah pembalakan haram .
-
Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara
1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi
kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.
-
Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti
dan Cengal.
-
Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman
Negara.
-
Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan
yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan
tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnag-binatang
yang hidup dikawasan itu dan lari dan mati.
Pembakaran Hutan
-
Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan
Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada dikawasan
tersebut akan musnah
Pembukaan Tanah Baru
-
Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah tanah rancangan
oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh tumbuhan
Pemburu Haram
-
Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah
merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis
haiwan ini.
-
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
-
Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap
bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
-
Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan
terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina
menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
Peningkatan Suhu Dunia
-
Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan
flora dan fauna.
-
Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan
fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti dinasaour
adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.
-
Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini
menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama
haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan
mnyebabkan kepupusan hidupan ini.
Pencemaran
-
Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan
kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan banyak hidupan
akuatik kian pupus.
-
Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin
pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak
dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut.
-
Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat
di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam.
Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini
kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
-
Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan
sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.
-
Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur
hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan.
( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan
hutan
-
Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman
laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi.
-
Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk
mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan TAMAN
NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal
seperti tumbuhan jenis orkid .
-
* Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora
menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia
ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000
hekter.
-
Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian
penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun
1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
-
Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya
usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang
jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia )
-
Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
-
Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
-
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000
-
Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986
-
Peraduan menulis esei ,puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )
ke muka
depan