9 PERKARA PENTING MENGAPA KITA HARUS MEMOTIVASIKAN
DIRI
-
Motivasi diri sendiri adalah tenaga
yang mengangkat diri seseorang itu ke sebarang tahap yang diingininya.
-
Orang yang benar-benar berjaya sentiasa
sedar akan tanggungjawabnya dalam motivasi diri sendiri. Dia memulakan
dari dirinya sendiri, kerana dialah yang memiliki kunci penggerak dirinya.
-
Alasan yang lumrah yang menyebabkan
kegagalan seseorang itu ialah kerana mengabaikan sama sekali tenaga motivasi
diri sendiri.
-
Adalah mustahil untuk memotivasikan
diri orang lain, sebelum kita belajar memotivasikan diri kita sendiri.
-
Peluang akan berada di mana-mana bagi
seseorang yang mengerti dan mengunakan motivasi diri sendiri.
-
Orang yang bermotivasi diri sendiri
melibatkan diri, orang-orang biasa hanya berjanji.
-
Pada asasnya apa yang kita perolehi
dari hidup ini bergantung kepada bagaimana kita menyesuaikan apa yang kita
mahu dengan motivasi diri sendiri.
-
Tenaga motivasi diri sendiri datang
dari satu tindakan rancangan peribadi teguh dan pelaksanaan rancangan tersebut
dalam kehidupan anda setiap hari.
-
Jika kita tidak dapat memanafaatkan
tenaga anda dan potensi anda sendiri maka mental kita akan terlantar sepanjang
hayat.
SIFAT KEGAGALAN
-
KETIDAKYAKINAN
KEPADA DIRI SENDIRI
-
Tidak yakin akan dirinya dan kemampuan
untuk melaksanakan usaha atau kerja yang dihadapinya.
-
SIKAP MELENGAH-LENGAHKAN
KERJA
-
Melengahkan keputusan penting,
tidak mahu mengambil risiko dan mengharapkan masalah selesai dengan sendirinya
akan memburukkan keadaan.
-
SIFAT BERPURA-PURA
-
Sikap egoistik dan memandang status.
Sentiasa ingin disanjungi tetapi tidak mahu berfikir dan maju ke hadapan.
-
SIFAT MEMENTINGKAN
DIRI SENDIRI
-
Tidak bertanggungjawab dan tidak
mengambil berat tentang apa sekali pun.
-
Berpuashati dengan apa yang ada
tanpa berusaha lagi.
-
HIDUP TANPA
TUJUAN
-
Tidak mempunyai cita-cita untuk
menikmati kehidupan yang lebih bermakna.
SIFAT KEJAYAAN
1.
FIKIRAN YANG TETAP
-
Tetapkan matlamat untuk diri
sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa
itu matlamat tercapai.
-
PERANCANGAN
-
Kemahuan hendaklah dirancng
terlebih dahulu.
-
SEMANGAT
DAN AZAM
-
Azam yang kuat dan semangat
yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.
-
PERCAYA
DIRI SENDIRI
-
Kepercayaan kepada diri sendiri
dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.
ke
muka depan